Cerita Tiga Bulan


Assalamualaikum wahai penduduk bumi.

Setelah sekian lama menghilangkan diri demi berbakti kepada negara, kini aku pulang dengan membawa sekeping sijil yang telah mengesahkan yang aku sudah tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dikalangan pelatih Penat Lelah Kerana Najib (PLKN) *ayat nak dramatik mintak kaki*
Okay, straight to the point. Aku tak pandai nak buat intro. Mesti aku nak bajet, aku nak merapu. Sumpah tak tipu. Haha.

Pengalaman sepanjang aku join Program Khidmat Negara ni,
mula mula bila nak pergi tu, serius rasa berat hati gila sampai berbaldi baldi airmata menangis meraung tak nak pergi meninggalkan keluarga dan kawan kawan kat sini. Tapi apa yang boleh dilakukan? Hanya akur dengan kehendak kerajaan dan memaki hamun program  ni. *Maki hamun dalam hati. Tak nak tunjuk yang kita protes*.


 Manusia manusia yang pasti aku rindukan. Nurul Nabila dan Sayyidatul Affnee (twin). Syukur aku ditemukan dengan mereka. Aku rindu nak gurau gurau dengan Bella. Aku rindu nak Amy suap aku makan.
*time nak balik, muka bajet cool macam takda rasa apa apa*


Selama tiga bulan, semua perkara dilakukan bersama. Makan, mandi, solat, tidur. Susah senang suka duka, semuanya dikongsi bersama. Sudah seperti satu keluarga. 


Akhirnya aku dah selamat menjalani program yang pada mulanya aku sangat benci dan akhirnya menjadi program yang sangat aku sayang. Serius, aku tak pernah expect akan rasa macam ni. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Segalanya menjadi kenangan dan pengalaman yang pasti akan aku rindukan. Well, Hello freedom!


No comments:

Post a Comment